Assalamu`alaikum wahai sahabat tuk dan pelawat yang dimuliakan.
Di pagi ini Tuk terasa nak cerita kisah seorang hamba Allah yang telah terjerat dengan seorang perempuan hasil pakatan dengan ayah perempuan tersebut.
Kisahnya mudah, kerana tergoda dengan kecantikan. Seorang ahli perniagaan telah bertemu dengan seorang perempuan dalam urusan hariannya. Dengan kecantikan dan pujuk rayu, maka berjayalah siperempuan untuk memikat lelaki itu, manakala silelaki itu merasakan dia berjaya memikat wanita itu dengan kelebihan yang dia ada.
Tanpa ragu-ragu, siperempuan itu pun ajak bertemu untuk bertemu ayahnya. Ayah menunjukkan respon yang sangat baik, i.e sangat sporting. Tanpa ada kawalan dan teguran daripada ayahnya, lama2 mereka berani balik lewat malam, dan ada masa-masa tidak balik ke rumah. Si isteri menyangka si suami terlalu sibuk dengan perniagaan, maka tidak terhidu akan perubahan suaminya.
Bila sudah berani keluar malam, ibarat orang mengantuk disorong bantal, maka berlakulah apa yang patut berlaku bagi dua orang yang seolah mabuk bercinta.
Sebulan kemudian, dengan penuh gaya di ayah ke pejabat lelaki itu. Dia menceritakan dia telah membeli sebidang tanah dengan harga RM200,000 sahaja, dan sudah pun membayar deposit RM100,000. Siayah meminta bantuan kekasih anaknya itu sebanyak RM100,000 untuk selesaikan pembelian dan berjanji akan bayar semula dalam masa terdekat dengan cara menjual semula atau mengadaikannya.
Tanpa ragu-ragu, dengan meniliti dokumen lebih kurang, silelaki bersetuju memberikan wang tunai yang diperlukan. Sibapa balik dengan gembiranya. Setelah hampir dua bulan, sibapa tidak juga membayar sebagaimana yang dijanjikan. Lama-lama kelamaan, silelaki tidak puas hati. Kekasihnya pula jarang menjenguknya. Lelaki itu naik berang lalu mengugut sibapa. Untuk melepaskan ugutan, sibapa telah membuat lapuran polis bahawa lelaki itu telah merogol anaknya. BUKTI CUKUP!.
Akhirnya, lelaki itu dikenakan hukuman penjara 15tahun dan 6 sebatan!...Masya`Allah..
No comments:
Post a Comment