[SEDUTAN KATA ALUAN
E-BOOK POLIGAMI ANUGERAH TUHAN]
Bismillaa hirrahmaa nirra him.
Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Pencipta sekalian
alam. Tiada Tuhan yang selayaknya dan wajib disembah melainkan Allah swt.
Selawat dan salamku sampaikan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w,
kepada keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan orang yang mengikut
keseluruhan ajarannya sampai ke akhirat.
Dengan KeBesaranMU Ya
Allah, dengan KeAgonganMU, dengan KeizinanMU, dengan KeJituan Al-Quran, dengan
Berkat dan Mukjizat serta
Kemuliaan RasulMu Ya Allah, dengan keberkatan Sultan Aulia Syeikh Muhiyyiddin
Abdul Qadir Al-Jailaini serta berkat para Aulia`, para Anbia dan melalui
tarbiah guru-guruku, selesai sudah sebuah buku yang aku beri tajuk:
“Poligami Anugerah Tuhan”.
Harapanku semoga buku
kecil yang tidak seberapa ini menjadi salah satu bahan bacaan berguna bagi
sekalian pembaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan atau untuk membuat kajian dan
mengulas dengan lebih lanjut tulisanku ini. Semuga ditakdirkanNya ada di antara
pembaca yang bersedia menulis perkara yang aku huraikan dalam buku ini dengan
memberi pendekatan lain atau ulasan penentangan yang positif dari sudut yang
berlainan yang mungkin tidak aku ketahui atau yang tertinggal samada oleh aku
sendiri atau ditinggalkan oleh penulis-penulis sebelumku. Apa yang penting
adalah tidak semestinya penulis itu lebih mengerti sesuatu isu itu atau lebih
baik daripada pembaca, tetapi jika bergabung tenaga dan ilmu pengetahuan dengan
ikhlas dan merujuk kepada sumber asli Al-Quran dan Hadis, insya`Allah akan membuahkan hasil yang
terbaik.
Beberapa persoalan
telah ditimbulkan padaku apabila aku berhasrat untuk menulis buku ini. Di
antara persoalannya adalah seperti berikut:-
a.
Kenapa
kamu (iaitu “aku”) yang menulis buku
ini?
b.
Bukankah
tajuk ini merupakan tajuk yang amat sensitif dan merupakan isu global yang
masih belum mendapat jalan penyelesaiannya?
c.
Apakah
ulama sudah ketandusan ilmu atau apa sebenarnya hasrat kamu ?
(a) Kenapa “aku” yang menulis buku ini?
Soalan ini timbul
kerana ramai yang mengenali diriku sebelum ini adalah sebagai IT Consultant.
Aku juga pernah menulis beberapa buku berkaitan dengan tajuk-tajuk teknikal
komputer yang tidak ada sangkut paut dengan agama. Perasaan was-was mereka ini
memanglah tidak dinafikan tetapi hakikatnya perkara yang berkaitan dengan ilmu
keduniaan itu aku ambil sekadar fardhu kifayah sahaja dan tidak akan aku
bebankan diri aku untuk mempelajarinya sehingga sia-sia perjalanan hidupku.
Ulama (yang benar) berpendapat bahawa adalah salah (haram) mempelajari fardhu
kifayah jika seseorang itu tidak selesai mempelajari fardhu `ain. Oleh itu aku
hanya ambil sekadar yang perlu sahaja. Ada pula sesetengah pihak mendakwa,
akhir zaman ini tiba-tiba ramai pula orang awam yang ingin jadi Ulama. Dakwaan
ini biasanya dikeluarkan oleh pemimpin agama sendiri atau penguasa tempatan
yang hakikatnya menolak syariat dalam diam. Pada zaman kegemilangan ilmu Tasauf
dahulu, begitu ramai Ulama Syariat yang buta Hakikat menyalahkan golongan
yang tulen (ahli kerohanian) ini. Hal ini adalah perkara biasa kerana
pencapaian dalam ilmu Hakikat (kerohanian) tidak akan dicapai oleh akal dan
pancaindera biasa. Ulama syariat tidak akan mampu memahaminya, sebab itulah
ahli-ahli kerohanian selalu dituduh sesat dan sebagainya.
Masalahnya, di zaman
sains dan teknologi ini ramai pula Ulama (pemimpin) kita bukan sahaja buta hakikat, malah
mereka juga merupakan golongan yang buta Syariat!. Oleh itu, apabila
ada pihak yang ingin mempertahankan kebenaran, maka golongan inilah yang akan
mendakwa kita tiba-tiba ingin menjadi Ulama! walhal mereka berdiri di atas
landasan yang menyimpang dari syariat dan hakikat Islam yang suci. Memanglah, sesuatu yang suci tidak layak dikecapi oleh jiwa yang
kotor.
Urusan agama bukanlah
perkara mainan, bukan perkara kedua atau sampingan dan bukan juga digunakan
untuk meraih pangkat atau ditukar dengan habuan dunia. Setiap individu wajib
memberi perhatian khusus perkara agama dalam segala sudut sebagai keutamaan
untuk diamalkan dengan ikhlas. Jika perkara dunia yang dikejar ditakdirkan
menjadi milik kita, halalnya akan dihisab dan haramnya akan diazab yang mana
kedua-duanya tidak mampu ditanggong! Oleh
kerana pendekatan yang saya bawa dalam penulisanku ini agak berbeza dan tidak
banyak dihidangkan pada pembaca atau mungkin “tidak pernah” ditulis
secara terbuka menjadi sebab utama kenapa aku berminat untuk menulis buku ini.
Insya`Allah aku akan cuba memberikan penjelasan terbaik, yang mungkin boleh
menjadi pengajaran dan memberi kesan mendalam pada semua golongan pembaca. Oleh
kerana kebanyakan buku yang berada dipasaran hampir semuanya ditulis dan
dibahaskan oleh mereka yang bukannya
pengamal poligami dan yang
hanya pandai-pandai mengutuk ibadah poligami, tidak hairanlah pembaca tidak memperolehi
sesuatu pun apa yang sebenarnya dicari. Tidak ada jalan penyelesaian. Tiada
ilmu yang boleh dimanafaatkan bersama, malah terlalu banyak perkara
diputarbelitkan dengan menggunakan logik akal yang bodoh untuk memesongkan
syariat Islam. Akhirnya apa yang sedang berlaku ketika ini adalah seperti
berikut:-
i.
Adat
dijadikan sunnah.
ii.
Sunnah
dikatakan bida`ah.
iii.
Bida`ah
disyarakkan!. Na`uzubillah minzalik.
Telah ramai pula
cerdik pandai, ahli-ahli tafsir, ulama-ulama terkemuka telah membicara isu ini
melalui pelbagai pendekatan. Pelbagai ulasan, pendapat, ijtihad serta fatwa
untuk menangani isu ini dikemukakan. Isu ini dipandang negatif TANPA memberi
maklumbalas bagaimana perkara ini boleh menjadi positif dan menjadi ibadah
tradisi dalam sesebuah keluarga dan menjadi budaya negara.
Persoalannya, mengapa
mereka (cerdikiawan dan ulama) ini memberi ulasan berbeza. Di antara sebab
mengapa ulasan mereka berbeza adalah seperti berikut:-
i.
Ulama
itu sendiri tidak pernah mengharungi hidup berpoligami dan lebih bersifat
berhati-hati. Mereka agak khuatir jika ulasan yang mereka berikan dijadikan
pegangan sesetengah pihak secara taksub dan jahil.
ii.
Ramai
juga dikalangan mereka berfikiran negatif. Kecemerlangan dan kekuatan akal yang
dikurniakan dikerah supaya sentiasa mencari “bukti-bukti” untuk menentang poligami. Mereka terpengaruh dengan
persekitaran masyarakat yang hampir semuanya menentang poligami atau lelaki
yang “takut bini”. Sebab itulah ramai lelaki yang nampak macam cemerlang
dan terbilang, hakikatnya gagal (kecundang) dalam mengharung hidup berkeluarga
walaupun hanya mengamalkan monogami.
iii.
Kononnya
mereka ingin membela kaum wanita yang disangkakan lemah. Mereka selalu
menganggap wanita adalah kumpulan kelas ke dua. Terhijab hati mereka untuk
mengenal akan kehebatan dan keistimewaan kaum wanita yang sebenar.
Disebabkan beberapa
perkara inilah menjadi punca utama mengapa sehingga kini kita tidak pernah
dihidangkan satu pun bahan ilmiah yang mudah difahami atau boleh dijadikan
rujukan. Kebanyakan pengamal poligami diserang dengan hukum-hakam dengan amaran
mendapat seksaan pedih jika tidak adil, tidak mampu dan sebagainya. Diserang
pula pada kaum wanita yang bermadu, dicucuk dengan pelbagai kejian, tomahan dan
dianggap sebagai perampas
suami orang, perempuan bodoh dan sebagainya. Tentangan yang diterima
kebanyakannya berkaitan dengan soal keadilan,
kemampuan dalam soal pengagihan rezeki, pergiliran dan sebagainya. Setakat ini, kita
belum memperolehi bahan ilmiah yang dapat menghuraikan kekusutan masalah ini
dengan mudah dan jelas. Oleh kerana kebanyakan penulis adalah penentang
poligami, maka mereka menentang poligami dengan menggunakan pelbagai alasan
peribadi dengan mengambil nas-nas dan dalil-dalil yang sesuai dengan nafsu
mereka sahaja. Matlamat mereka hanyalah sekadar untuk mereka-reka rintangan dan mencipta beban-beban. Sebenarnya mereka
ini sangat cemburu, dengki dan tidak mengerti (terhijab) dari memahami apakah
keistimewaan yang tersurat dan tersirat dalam kehidupan poligami. Hakikatnya, Poligami Anugerah Tuhan pada hamba pilihanNya.
Kesimpulannya, orang
yang tidak mengamal poligami janganlah mudah melatah atau berani
mempertikaikannya. Adalah agak janggal kerana mereka (pengamal monogami)
membicara sesuatu yang mereka tidak tahu dan tidak pernah alami atau mungkin
tidak diberi peluang oleh Allah swt untuk menikmatinya walau sesaat. Macam mana
seseorang itu mampu menceritakan tentang bulan sedangkan tidak pernah
menjejakkan kaki naik ke bulan. Ini tidak lain hanyalah satu dusta sahaja.
Kepada
pengamal-pengamal poligami, aku menyeru supaya sumbangkanlah ide dan khidmat
nasihat untuk meleraikan kekusutan ini. Jangan biarkan orang-orang yang tidak
arif membicara perkara ini dan terus menyimpitkan fikiran masyarakat. Anda
tidak perlu menjadi seorang genius untuk menyampai perkara baik ini. Tidak
perlu menjadi ulama besar, tidak perlu keluaran dari universiti-universiti
pengajian agama terkemuka dari dalam atau luar negeri (kalau pengajianmu itu
sekadar untuk ditukar dengan habuan dunia). Tidak perlu menjadi
pemimpin-pemimpin agama atau pembesar-pembesar negara, tidak perlu menjadi
Ustaz maupun Ustazah untuk menyampai berita murni ini. Jadilah diri anda
sendiri. Berikanlah panduan pada masyarakat yang dahagakan kebenaran.
(b) Bukankah tajuk kamu ini merupakan
tajuk yang amat sensitif dan merupakan isu global yang masih belum mendapat
jalan penyelesaiannya?
Seandainya tajuk ini
sensitif, sudah pasti isu ini tenggelam begitu sahaja. Tetapi isu poligami
dibicara hampir setiap saat, setiap golongan, setiap lelaki dan perempuan di
setiap sudut di seluruh pelusuk dunia. Isu ini masih kekal dibicarakan kerana
belum ada satu formula penyelesaian untuk menjadikan ibadah poligami sebagai tradisi
sebagaimana yang telah diamalkan semenjak zaman datuk nenek moyang kita dahulu
dan diamalkan di zaman Rasulullah saw, sahabat-sahabat baginda dan
seterusnya beribu tahun
yang lampau. Oleh itu bacalah buku ini dalam suasana tenang, insya`Allah perkara
ini bukanlah isu sensitif
lagi. Kalau ada di antara tulisanku yang tidak difahami, tanyalah dan rujuk pada para guru-guru kamu yang arif.
Bertanyalah datipada hanya dan hanya pada guru-guru
yang berpengalaman dalam kehidupan poligami sahaja supaya anda tidak akan sesat
jalan kerana yang lainnya hanyalah palsu dan dusta.
(c) Apakah ulama sudah ketandusan ilmu
atau apa sebenarnya hasrat kamu ?
Pada pendapatku,
soalan inilah yang sensitif, bukanlah tajuk buku ini! Sebenarnya, sudah terlalu
banyak buku diterbitkan dan ditulis oleh ulama dari dahulu hingga sekarang.
Buku yang aku susun ini hanyalah satu perkara yang amat kecil sahaja jika
dibandingkan dengan karya agong mereka. Malah, jika selepas ini diterbitkan
lagi berjuta-juta buku berkaitan dengan poligami, sudah pasti tidak akan
habis-habis dibicarakan. Ini bermakna, ulama bukanlah ketandusan ilmu.
Tidak ada sesiapa yang mampu membicara soal ini secara keseluruhan. Mungkin
juga gaya penulisan yang berbeza, kerana ulama juga berbeza. Ada Ulama benar
(akhirat) dan ada Ulama jahat (su`i). Ulama yang benar akan menyampaikan
perkara yang benar dan bertepatan dengan syarak, manakala ulama jahat pula akan
senentiasa memutarbelitkan fakta. Terpulang pada pembaca untuk menilaikannya. Hakikatnya, ulama yang benar lagi zuhud adalah
ibarat suatu barang yang telah hilang di atas muka bumi ini. Sekiranya
boleh ditemui, golongan ini hanyalah terdiri daripada para guru-guru
pondok, guru-guru kerohanian, ahli-ahli sufi yang menerima Pusaka Wali Agama
Islam iaitu pusaka Iman , Islam dan Ihsan di atas segala makna dan makninya
serta juzuk-juzuknya melalui Rabitah
dan Wasilah perguruan (hubungan) yang tidak terputus sehinggalah kepada Junjungan Besar
Nabi Muhammad saw sahaja. Mereka pula bukanlah
pilihan masyarakat untuk
dijadikan pemimpin kerana tidak sesuai dengan tuntutan nafsu yang menular dalam
jiwa manusia keseluruhannya. Dalam lain perkataan, adalah terlalu sukar untuk
menemukan pemimpin masyarakat yang tergolong sebagai ahli kerohanian, ahli sufi
yang benar lagi zuhud serta sanggup dan berani menerima
Islam keseluruhannya sebagai amalan diri, serta berikhtiar untuk menjadikannya
sebagai peraturan dalam kehidupan manusia sejagat tanpa mengubahnya walaupun
satu ayat.
Setinggi-tinggi
penghargaan aku ingin ucapkan kepada semua guru-guruku samada yang masih hidup
atau yang telah kembali ke rahmatullah, kepada isteri-isteri dan anak-anakku
yang sentiasa memberi dorongan dan menjadi sumber inspirasiku, sahabat-sahabat
handaiku samada kawan dan lawan dan setiap mereka yang pernah memberi komen,
pandangan, terguran dan juga harapan untuk menjayakan penulisanku ini.
Untuk melengkapkan
penulisan ini, aku sajikan kes-kes studi yang terdiri beberapa cerita teladan
iaitu kisah benar berdasarkan pengalaman-pengalamanku
sendiri atau pengalaman rakan-rakan, sahabat handai lelaki maupun
perempuan. Sebagai insan
biasa yang tidak terlepas dari kejahilan, kesilapan dan kelemahan, aku menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat perkara yang menyalahi
syarak yang tidak aku sengajakan atau masih jahil dalam babnya. Aku bermohon
jasa baik pembaca yang terperasan mana-mana kesilapan supaya membetulkannya
semoga pembaca lain akan memperolehi pengetahuan yang benar. Segala kerjasama
dan sokongan yang telah dan akan diberikan, aku dengan rasa syukur dan rendah
diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak. Aku berdoa
kehadrat Allah swt semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua, ditetapkan
dan dikembalikan semula padaNya dalam keadaan kekal berada di dalam Iqtikad
yang tepat (Khusnul Khatimah), Syariat yang sohih dan Ubudiyyah yang
sempurna. Amin, Amin ya Rabbal`alamin.
Penulis:
Dato` Md.Lutfi Bin
Yusof
@ TABUT SAKINAH