Sunday, 13 January 2013

Bimbang Janji Janji Allah



SEDUTAN E-BOOK:-

….. Tidak dinafikan, di dalam pergaulan bebas ini sudah pasti adanya lelaki yang sudah berkahwin akan bertemu dengan beberapa orang perempuan. Mungkin ada di antara gadis-gadis itu menarik minat hatinya untuk dijadikan isteri. Orang awam cepat menghukum lantas sedap-sedap menuduh bahwa wanita itu adalah perempuan bohsia, perempuan murahan dan perampas laki orang manakala lelaki pula dituduh pantang melihat dahi licin, mata keranjang dan sebagainya!  Yang menuduh itu pula bukannya ahli ibadah, ahli maksiat juga, mungkin fasik lagi zindik! Bagi pasangan yang bertemu ini, ada di antara mereka yang mempunyai kesedaran dan tetap berpegang pada tali agama. Mereka tidak sanggup bergelumang dengan dosa sepanjang perkenalan mereka. Akhirnya mereka nekad membuat keputusan “kerana Allah swt” untuk menikah sahaja dari terus bergelumang dengan maksiat. Keputusan ini patut dipuji kerana mereka ingin memertabatkan undang-undang Islam kerana takut akan azab Allah swt.


Kalau bukan kerana takut Allah swt, kenapa pula mereka perlu membuat keputusan untuk bernikah, bukankah lebih mudah dan seronok bertukar-tukar pasangan daripada seorang gadis ke gadis yang lain, atau daripada seorang lelaki ke lelaki yang lain! Tetapi tidak! mereka tetap rasa takut akan janji azab yang bakal diterima jika terus bergelumbang dengan bermaksiat. Apa yang berlaku, hal inilah diperumitkan dan disusahkan oleh peraturan-peraturan baru (bida`ah) yang disediakan oleh pemimpin-pemimpin agama yang degil dan tertipu kononnya untuk memertabatkan hak kaum wanita.


Datuk moyang kita dahulu yang mengamalkan ibadah poligami tidak timbulpun masalah ini, malah mampu melahirkan anak-anak dan cucu-cucu yang berwibawa dan cemerlang.  Oleh kerana pelbagai kesulitan timbul untuk mendapatkan kebenaran  berpoligami pada zaman ini, kesannya sehingga ada yang sudah “bunting” terlebih awal sebelum mendapat kelulusan. Bukan hanya pihak pemimpin agama yang menyukarkan, pihak isteri yang berkeras hati kerana tidak bekerjasama menyebabkan pernikahan tidak dapat dijalankan dengan kadar segera. Tidak pernah berlaku pada diri Rasullah saw, maupun para sahabat yang meminta izin isteri dalam poligami. Ini  bermakna meminta izin isteri bukanlah sunnah dan bukanlah satu syarat. Jika bukan sunnah maka ianya adalah bida`ah dan setiap bida`ah adalah sesat dan terpesong dari ajaran Islam. [Jika kita masih terlintas dihati PERLUNYA MENDAPAT PERSETUJUAN ISTERI setiap kali bila berhasrat untuk bernikah lagi bukti nyata kita adalah KUFUR kerana masih memperakui undang2 yang tiada dalam peraturan Allah swt].


SEDARLAH KAMU WAHAI KAUM WANITA! janganlah kamu sangka yang kamu dibela oleh mereka (pemimpin agama). Hanya pada peringat awal sahaja seolah-olah beria-ia mereka membela kamu dengan pelbagai aturan yang menyulitkan, tetapi selepas itu, apabila kamu menghadapi masalah yang kamu sama-sama cipta sendiri, “bertahun-tahun” kes kamu terbiar sahaja di atas meja-meja peguam-peguam kamu! Kamu pula terpaksa mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit untuk menyelesaikan kes kamu walhal duit itu boleh digunakan untuk perbelanjaan anak-anak bertahun-tahun, membayar keperluan harian dan sebagainya tetapi terpaksa membazir membayar khidmat guaman! Ada kes tertangguh sehingga berpuluh-puluh ribu wang nafkah tertunggak, kes tidak selesai-selesai. Tukar peguam, tukar hakim, berpindah, keputusan tundaan pada saat akhir dan sebagainya. Bagi mereka yang layak menggunakan khidmat Biro Guaman dengan bayaran borang RM2 sahaja, entah zaman (dinasti) bila pun tidak pasti bilakah agaknya akan selesainya kes kamu. Ada kes yang sudah pun mendapat perintah atau keputusan mahkamah setelah menunggu sekian lama tetapi masih boleh dipertikaikan dengan alasan “sekadar memenuhi memorandum” yang dikemukakan oleh wakil peguam  lawan dan minta dibicarakan semula.


Mereka yang membuat dasar atau peraturan (bida`ah itu) berlepas tangan sahaja atau ada yang sudah terkubur atau pencen.  Akhirnya kamu memilih jalan sendiri, jalan yang tidak ada ketentuan. Tidak ada siapa yang akan ambil peduli tentang kamu. Kamu abaikan peraturan Tuhan, kamu diabaikan di dunia lagi! Peraturan yang tidak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak tidak akan mendapat sedikit keadilan pun kerana sistem yang digunakan dalam membuat keputusan (perbicaraan) adalah lebih berdasar kepada fakta dan bukannya kebenaran!  Fakta dan kebenaran adalah dua perkara yang sangat berbeza. Fakta boleh direka-reka (diada-adakan) tetapi sukar membuktikan kebenaran! Untuk menegakkan kebenaran bukanlah semudah yang disangka kerana silap-silap akan dipenjarakan. Alasan yang biasa didakwa, pelakunya akan dituduh menderhaka atau tidak menghomati mahkamah. Menderhaka kepada Allah swt tidak pula diambil kira!  Perkara ini terjadi kerana, negara kita yang berdaulat dan mengistiharkan Islam  sebagai agama rasmi masih terletak di bawah undang-undang sivil.


Undang-undang syariah masih terkongkong dan jauh terkebelakang kerana ditolak sendiri oleh pemimpin-pemimpin agama. Tidak hairanlah kita, dengan memiliki begitu ramai pemimpin-pemimpin agama yang terdiri berjawatan dan pangkat tinggi-tinggi, peguam-peguam yang disangka hebat tetapi GAGAL dan tidak mampu menyekat kes seorang wanita (kaum yang lemah) yang ingin murtad satu ketika dulu. Jika mengikut undang-undang Islam tanpa KHILAF, jika jelas murtad, mudah sahaja ditentukan iaitu boleh dibunuh (halal darahnya) sahaja jika pelaku tidak mahu bertaubat.


Yang haram (seperti permohonan kes murtad) tidak mampu disekat walaupun berhimpun segala bala tentera pemimpin agama TETAPI yang halal (seperti ibadah poligami) ditutup rapat-rapat (diharamkan) hanya melalui sekeping surat. Kejayaan kes murtad yang lalu hanya menggunakan alasan ‘hak asasi manusia’ sedang perkara itu jelas HARAM. Bukankah jika seseorang itu berhasrat untuk berpoligami juga boleh dikaitkan dengan hak asasi manusia, dan ianya jelas HALAL dalam Islam serta boleh mendapat ganjaran besar di akhirat nanti!. Ini merupakan satu-satunya tanda-tanda akhir zaman yang telah jelas terbukti iaitu kebathilan akan mengalahkan kebenaran sebab kita hanya memiliki pemimpin-pemimpin agama yang tidak faham Islam.  Oleh itu adillah dan hakimilah pada diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum anda dihakimi secara tidak adil.

WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment

POLIGAMI ANUGERAH TUHAN

Assalamu`alaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pelawat yang dimuliakan.,

Terimakasih kerana sudi meluangkan masa melayari laman blog ini. Alhamdulillah. Adapun antara matlamat blog ini adalah untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan ibadah poligami yang tidak pernah lari dari pemasalahan serta mencari jawapan atau jalan penyelesaian bagaimana menangani sesuatu isu itu berlaku. Masalah yang paling popular disuarakan adalah keadilan dan giliran. Kita biasa dengar orang berkata, ulamak-ulamak berkata, pegawai-pegawai agama berkata:-

' Kita hendaklah berlaku adil apabila kita mempunyai lebih dari seorang isteri ' ,

Malangnya mereka TIDAK pernah memberi panduan bagaimana untuk berlaku adil. Cakap memanglah senang tetapi untuk melaksanakannya bukanlah semudah itu, lagi pun mereka tidak ada langsung pengalaman walaupun sesaat. Ini bermakna kalau seseorang itu tidak berpengalaman, memanglah tidak akan mampu memberi petunjuk jalan keluar untuk menangani isu ini walaupun mereka itu seorang Al-Hafiz , penghafal ribuan kitab dan sebagainya. Hakikatnya mereka masih jauh lagi untuk memahami selok belok pengendalian dalam soal ibadah poligami ini. Di sini bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan ilmu pengetahuan mereka, tetapi hakikatnya orang yang tak berpengalaman memang tidak sesuai untuk dijadikan rujukan dan mereka tidak akan berjaya untuk menyelsaikan masalah manakala pihak penguasa pula asyik menentang dengan pelbagai hukum hakam yang bercanggah dengan peraturan yang turun dari langit.

Apa yang dibicarakan dalam blok ini sekadar usaha kecil Tuk untuk mencari jalan penyelesaian, bukanlah untuk berbalah maupun menghina mana-mana pihak tanpa jalan penyelesaian. Mana-mana bahagian yang dikatakan tidak betul, maka Tuk akan gantikan apakah yang betul berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya, bukan sekadar komen lepas itu biarkan tergantung. Antara tujuan utama blog ini juga adalah sebagai penghargaan kepada semua pembaca dan pelawat yang telah banyak memberi komen positif dari pelbagai sudut tentang buku ebook saya yang bertajuk Poligami Anugerah Tuhan. Dalam penulisan ini, saya detailkan konsep dalam perkahwinan bukanlah tujuan menggalakkan orang lelaki berpoligami, atau mewar-warkankan kaum wanita yang menyokong poligami, tetapi lebih kepada mencari bukti dalil dan fakta berdasarkan syarak kenapa seseorang itu tidak layak sama sekali menjalankan ibadah poligami supaya tidak teraniaya mana-mana pihak samada lelaki mahupun wanita.

Buku ebook itu juga mengulas dengan agak detail (pada pendapat Tuk) akan kepincangan undang-undang dan peraturan syariat Islam yang moden berlandaskan amalan Thoghut, yang mana boleh jatuh kepada iqtikad kufur bagi sesiapa yang mengamalkannya atau memperakuinya sebagaimana yang telah dikufuri, dikafiri oleh Al-Quran dalam Surah Al-Maidah ayat 44,45 dan 47 sebab menetapkan sesuatu peraturan yang tidak ada dalam Al-Quran khususnya dalam soal ibadah poligami. Kebanyakan peraturan ditetapkan berdasarkan takwil yang berlebihan atas desakan dan kepentingan pihak tertentu, maka saya kemukakan jalan penyelesaiannya dan cuba merungkaikan beberapa kekeliruan yang telah lama diracuni dalam fikiran umat Islam. Sesungguhnya usaha ini bukanlah mudah, beberapa tentangan biasa diterima daripada pelbagai pihak, kutukan dan tomahan itu adalah makanan harian Tuk sepanjang memperjuangkan pendirian Tuk dalam soal ibadah poligami ini. Sungguhpun begitu, tidak dinafikan bahawa, hakikatnya terlalu ramai yang menyokong penulisan saya ini dan sama-sama cuba berusaha membasmikan perkembangkan bida`aah mungkar dalam urusan ibadah poligami ini dengan cara masing-masing.

Tuk tidak hairan mengapa pergolakan ini boleh berlaku. Memang sukar untuk menyatakan dan melaksanakan kebenaran dewasa ini, susah untuk memberi kefahaman pada jutaan umat Islam terutama di Malaysia ini. Lebih teruk lagi, mufti-mufti di negara ini yang bilangannya berapa orang sahaja tidak pernah bersatu dalam ertikata yang sebenar untuk sama-sama memperjuangkan dan mendaulatkan undang-undang Islam yang tulen tanpa sebarang pertambahan, pertukaran dan pencerobohan. Akhirnya mereka tidak mampu menerima tekanan lalu menyerahkan urusan agama di bawah kuasa pendapat majoriti atau kuasa politik lalu menjadi mangsa sebagai pemberi fatwa yang tidak mengikut lunas-lunas Islam yang sebenar, dikhuatiri dipaksa meletakkan jawatan dan sebagainya. Dengan ini, jika ternyata timbul apa-apa yang menyeleweng dari nas, kepala muftilah yang dibebankan!..

Untuk pengetahuan pelawat, buku e-book bertajuk Poligami Anugerah Tuhan ini sebenarnya telah lama berada di pasaran dan ramai telah membacanya. Oleh kerana Tuk dapati sejak kebelakangan ini, isu poligami muncul semula didebat dengan hebat, maka tuk mengambil peluang untuk cuba mewar-warkan semula kehadiran e-book bertopik panas ini dengan pertambahan berapa isu serta memperbaiki beberapa kelemahan terdahulu.

Pertanya yang pernah Tuk terima:

"Siapakah penulis ini yang begitu berani mempromosi buku bertajuk panas ini?"

Soalan ini penting dan perlu saya jawab kerana pembaca atau pembeli e-book ini berhak untuk pastikan supaya apa yang disampaikan adalah benar dan menepati hukum syarak, bermakna berbaloi melaburkan wang mereka (walaupun hanya dengan nilai yang terlalu kecil). Sesungguhnya bermula perkara yang kecil itu selalunya memberikan nilai pulangan yang besar. Selaku penulis, sudah lama Tuk menyediakan jawapan bagi soalan seumpama ini dan boleh dibaca sedutan e-book ini dari masa ke semasa melalui blog ini. Bacalah beberapa keratan intipati ebook ini sebelum membuat keputusan membelinya.

Tuk bukanlah seorang yang popular dan bukanlah 'public figure', itulah harapan saya, tetapi Tuk kena juga lakukan tugas ini untuk menyampai pengetahuan ini kerana sukar mencari penulis berpengalaman luas dan sanggup menulis dengan pendedahan yang berani dan benar. Tuk mengambil tugas ini sebagai fardhu kifayah berdasar pengalaman luas saya dalam mengharungi kehidupan berpoligami setelah sekian lama. Untuk memastikan supaya susunan ebook ini kejab dan padu (pada pandangan saya), maka Tuk integrasikan konsep penulisan ini dengan sulaman ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasauf. TANPA integrasi ketiga-tiga cabang ilmu ini maka ianya tidak sah dari segi syarak dan mudah bagi pihak lain mempertikaikan penulisannya walaupun penulis itu merupakan seorang yang sangat disegani dan tersohor di mata dunia.

Sebagai contoh, jika anda membaca sebuah buku bertajuk Sakaratul Maut tulisan penulis terkenal dari Timur Tengah, bukunya sudahpun berada dipasaran dalam bahasa Malaysia, malangnya ianya jauh dari sudut kerohanian. Hanya orang awam sahaja yang memandang buku ini penuh dengan isi, tetapi bila dikaji secara aliran tasauf, buku ini mengelirukan dan cuba menyesatkan umat Islam. Contohnya, jika dibaca pada bahagian akhir buku tersebut, penulis merendahkan mertabat seorang ahli sufi wanita yang agong iaitu Rabi`ahtul Al-Adawiyyah dengan mengatakan pegangan wanita sufi ini sesat atau bercanggah dengan Al-Quran dengan hanya berlandaskan nas dari Surah Al-Imran ayat 152, sedangkan pegangan wanita sufi ini adalah sama dengan pegangan ahli-ahli kerohanian bermula seawal zaman kebangkitan Islam di bawah pimpinan agong Sayyidul Akhwan Suratul Maadati Tajaaliyatil Haq Nabi Muhammad Rasulullah SAW sehinggalah sekarang. Ini merupakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Jazam yang putus tanpa syak, dzan dan waham. Bagi golongan awam, walaupun memiliki pengiktirafan dengan pelbagai bidang keilmuan tetapi masih belum pernah menduduki atau menceburi aliran kerohanian dan kesufian, maka janganlah mudah menuduh golongan sufi atau tasauf dengan fahaman yang bukan-bukan. Selidikilah diri sendiri dahulu sebelum berani menyentuh fahaman aliran-aliran kesufian ini, kerana itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah akan merendahkan dan meletakkan mertabat anda ke lembah kehinaan, jahil di sisi mansia, kufur di sisi Alalh swt, jahil di dunia dan buta di akhirat. Allhu`akbar.

Akhirkata, Tuk memohon kepada pembaca yang dihormati, sekiranya terperasan terdapat mana-mana susunan saya ini menyimpang, maka segeralah menegur tuk.

Emelkan maklumat tuan puan pada Tuk pada alamat emel : anugerahtuhan63@gmail.com

Terimakasih.

Tuk Lutfi Yusof