Sekadar Renungan.
Amalan poligami
ini boleh dijadikan satu budaya yang sihat dan diamalkan daripada generasai ke
generasi. Didikan awal perlu diberikan pada anak-anak supaya memahami dengan
jelas konsep poligami atau bermadu supaya dapat diamalkan dengan penuh
tanggungjawab. Jika
benar-benar berpandukan hukum syarak, ibadah poligami ini mudah sahaja untuk
dilaksanakan.
Pada peringkat
awal, amalan ibadah poligami ini bolehlah difokuskan kepada golongan
pemerintah, pemimpin-pemimpin agama, pemimpin-pemimpin masyarakat,
pembesar-pembesar negara, golongan korporat, jutawan dan sebagainya.
Hakikatnya,
golongan ini dikategori sebagai hamba Allah swt yang bertuah kerana
dikurniakanNya rezeki yang melimpah ruah berupa harta dan wang ringgit. Jika
dibelanjakan dengan boros sekali pun insya`Allah tidak akan habis-habis sehingga
ke anak cucu. Perbelanjaan mereka satu hari boleh menyamai setahun perbelanjaan
beberapa golongan keluarga miskin. Oleh kerana perkara utama yang disyaratkan
oleh Jabatan Agama untuk berpoligami adalah soal harta, maka golongan inilah adalah yang paling layak. Mereka juga terdiri
orang yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan agama yang baik. Sudah pasti
mampu mengendali isteri-isteri secara adil, Insya`allah. Oleh itu, pelu
dibuktikan pada masyarakat apa yang diiqtikadkan oleh Jabatan Agama itu ada
kebenarannya. Pada zaman ini beratus-ratus ribu anak-anak gadis yang
berpelajaran tinggi dan mempunyai pendidikan agama yang baik, lebih kurang 500,000 ibu tunggal atau janda masih terbiar. Oleh itu
pilihan boleh dibuat untuk mendapatkan tiga orang calon lagi sebagai isteri.
Sudah pasti ramai yang bersedia menjadi isteri. Pinanglah mereka segera.
Bayangkan! jika
Perdana Menteri ada 4 isteri, semua Menteri ada 4 isteri, (bagus juga jika ada
di antara Menteri wanita menjadi isteri nombor empat), semua Mufti ada 4 isteri, Imam-imam besar dan imam-imam
negeri ada 4 isteri, ADUN ada 4 isteri, guru besar ada 4 isteri, KSN ada 4
isteri, ketua-ketua kampong ada 4 isteri, ketua-ketua pemuda ada 4 isteri,
ketua-ketua cawangan ada 4 isteri, ketua polis negera ada 4 isteri, dan semua
golongan pemimpin dan korporat ada 4 isteri, INSYA`ALLAH, soal poligami terus
tenggelam, malah sesiapa golongan pemimpin yang hanya ada seorang isteri akan
rasa malu hendak bertembung atau hadir mesyuarat bersama kerana takut ditanya!:
“oii! bila kau nak kawin lagi.. takut bini ke! “Potong la ‘kote’ tu!” Ini sahajalah satu-satunya jalan penyelesaian yang terbaik! Jika ini
menjadi kenyataan, semua penentang dari pelbagai persatuan, pertubuhan dan
kementerian akan tutup fail, malu hendak angkat muka kerana tidak terdaya
hendak mengulas lagi ibarat kata orang, “mati pucuk”, bersemangat tetapi tidak
terdaya!
Cubalah kita
bayangkanlah, jika semua pemimpin ada empat isteri. Alangkah MERIAHnya dan ekonomi bertambah maju, umat Muhammad SAW
semakin ramai yang terdiri kalangan keturunan kaya raya yang tidak perlu
merempat atau hidup kemiskinan lagi.
Macam mana
ekonomi boleh maju? Katakan seorang isteri membelanja RM2000 sebulan untuk
keperluannya, jika 4 orang isteri , maka dibelanjakan RM8000. Sudah pasti duit
dapat dicairkan, negara akan bertambah produktif, peluang pekerjaan meningkat
dan industri berkaitan berkembang. Bayangkan jika kita mempunyai 10000 orang
pemimpin dan korporat, bermakna kita ada 40000 isteri-isteri pemimpin. Maka
2000 X 40000 = RM80,000,000 (RM80 juta) dibelanjakan setiap bulan yang mampu
meningkatkan ekonomi negara! Mungkin harapan kerajaan untuk memperolehi angka
“sifar” untuk membasmi kemiskinan akan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang
singkat sahaja. Itu baru keperluan bulanan, jika termasuk rumah berserta
perabutnya dan kereta masing-masing, katakan RM300 ribu seorang, maka RM300,000
X 40,000 isteri, maka perlu dikeluarkan RM12000,000,000 (RM12 billion). Jumlah
ini bukan dilaburkan sekali gus. Jumlah ini boleh diperolehi melalui pinjam
bank berperingkat-peringkat. Kontak mereka tentunya bagus, dengan satu
panggilan, mereka tidak perlu mengisi borang pun bank boleh beri pinjaman.
Dalam proses ini, pengaliran wang berpindah dari satu tangan ke satu tangan
atau dari satu syarikat ke satu syarikat akan membantu menjana ekonomi dengan
lebih pesat. Walaupun jumlah ini kecil bagi mereka maupun bank, tetapi angka
ini sudah cukup meningkat ekonomi rakyat Malaysia keseluruhannya. Lagipun
pemimpin yang ada semuanya sudah tua bangka dan tidak lama lagi akan mati, maka
akan digantikan pula dengan pemimpin baru yang juga bakal memiliki 4 isteri.
Maka pengaliran duit akan sentiasa berjalan. Penyelenggaran kereta, rumah dan
belanja anak-anak juga memainkan peranan pengaliran wang. Bagi golongan
pemimpin, mereka tentunya mempunyai banyak duit. Kalau diharapkan duit gaji,
memanglah tidak mencukupi. Tetapi mereka layak mendapatkan pelbagai elaun
seperti elaun lawatan, elaun mesyuarat, elaun keraian, kemudahan itu, kemudahan
ini, menerima saguhati dari kawan-kawan
kerana kecekapan meluluskan pelbagai projek-projek gergasi. Dengan ini mereka
mampu menampung keperluan kesemua
isteri-isteri mereka dan hidup mewah. Orang awam yang kenal pemimpin pun boleh
kaya raya, inikan pula pemimpin itu sendiri. Tidak ada pemimpin yang miskin.
Oleh itu, hidup mereka beristeri ramai akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Pemimpin
kita pula sangat pandai mentadbir jutaan masyarakat di bawah tanggungjawabnya
mereka. Mereka boleh fikir itu, fikir ini, masalah itu, masalah ini dan seribu
satu macam ragam dan masalah boleh diatasinya. Oleh itu, kalau setakat 4
isteri, sudah pasti tidak akan timbul masalah.
Wahai pembaca
yang budiman, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah swt akan kejayaan
pemimpin ini semoga boleh menjadi contoh kepada masyarakat keseluruhannya!
Semuga diberikan kekuatan oleh Allah swt.!
Sekiranya budaya
ibadah poligami ini boleh dijadikan kenyataan, bilangan wanita akan tetap
mendahului bilangan lelaki, tetapi insya`Allah sekurang-kurangnya ini dapat
mengurangkan gejala maksiat yang semakin tenat.
Sungguhpun
begitu, ibadah poligami ini mustahil dapat dilaksanakan jika ada di
kalangan mereka masih berpakaian dengan sifat syirik iaitu takut isteri dan
masih kekal dengan peraturan thaghut.
Mereka juga akan mustahil menimba ilmu yang berkaitan selagi tidak ada seorang pun pemimpin agama
yang berani mengamalkannya untuk dijadikan contoh untuk mendidik masyarakat.
Oleh itu, kita perlu mendidik mereka dan mencari jalan keluar bagi mereka
(pemimpin-pemimpin agama khususnya) supaya mempunyai kekuatan hati (spiritual)
yang mantap dan cekal dalam mengharung kehidupan dan mampu mengatasi kaum
wanita dalam segala hal yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Jika pemimpin
gagal untuk melaksanakan ibadah ini, marilah kita mulakan dari bawah iaitu
dengan memulakan diri kita sendiri dan mendidik anak-anak serta kaum kerabat
supaya mengamalkannya. Buktikan yang kita golongan miskin dan sedehana ini
mampu menjalankan tanggungjawab ini. Ini juga akan membuktikan bahawa pegangan
(iqtikad) Jabatan Agama mengenai faktor harta melayakkan seseorang itu
berpoligami merupakan satu penyeleweng akidah. Sesungguhnya, Poligami Anugerah
Tuhan. Poligami Ketetapan Tuhan. Poligami Syariat Tuhan. Menentang Poligami
dilaknat Tuhan! Poligami itu Indah dan Berkah. Poligami itu medan Mujahadah.
Poligami satu Ibadah. Poligami mendidik Ummah.
Amin. Amin. Amin Ya Rabbal`alamin.
No comments:
Post a Comment