SOALAN DARI SAHABAT FB:-
"Knp ye ust ade jgk sy jmp, org L nk kawen lain tp dia x
mampu nk bgth isteri dia, kl situasi mcm tu, blh x sy buat andaian, mungkin sb
isteri dia terlalu baik, jd dia x smp hati nk teruskan..ape komen ust?"
JAWABAN TUK:-
Jika isteri kita terlalu baik tidak semestinya kita tidak sanggup hendak memberitahu isteri apabila kita berkahwin lagi. Jika isteri benar2 baik si isteri akan
sentiasa redha apa jua keputusan suami. Ada perkara yang kita benci tetapi
disukai Allah swt.
Memberitahu isteri atau minta persetujuan untuk berkahwin lagi bukanlah 'WAJIB' pada dasar hukum sepertimana termaktub dalam Enekmen Jabatan Agama Islam yang Thogut (SESAT) seperti di jalankan di negara ini. Lagi pun negara ini pun bukan negara Islam yang tulen, jadi memanglah mereka (Penguasa) menolak undang-undang Islam yang tidak sesuai pada pandangan mereka. Mereka (Penguasa) dengan beraninya (BIADAPNYA) sanggup mengadakan peraturan baru yang TIDAK dapat dibuktikan melalui Al-Quran, Hadis, Sunnah, Ijtihad Ulamak dan sebagainya.
Tujuan memberitahu isteri adalah supaya isteri kenal madu-madunya dan anak2nya dengan isteri lain supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan akan datang. Banyak pasangan yang apabila suami mati barulah terbongkar si suami rupa-rupanya ada anak2 dan isteri lain, ini amat mendukacitanya.
Oleh itu barang siapa memperakui enekmen ini, barang siapa apabila hendak kawin lagi terfikir pula kena minta izin isteri, barang siapa melaksanakan dan sebagainya, sesungguhnya mereka termasuk dalam golongan yang KUFUR menurut Allah swt seperti amaranNya dalam Surah Al Maidah 44, 45 dan 47.
Berbalik kepada kes di atas tadi marilah kita rujuk berikut:-
Firman Allah swt:-
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat
buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah: 216)
Maka, bagi isteri yang beriman dan redha pada keputusan Allah swt, si
suami tidak perlu sembunyikan apa-apa dari pengetahuan isteri. Sesungguhnya redha
Allah swt terhadap seorang isteri bergantung kepada redhanya suami pada isterinya.
Suami yang tidak sanggup memberitahu isteri kedudukan sebenarnya adalah DAYUS.
Ini menunjukkan Si suami tidak layak berpoligami. Kesannya sudah pasti sukar
untuk melakukan giliran melainkan tipu isteri menyatakan outstation dan lain-lain. Ada yang bergilir waktu pejabat. Ada yang berkahwin dengan isteri muda tidak dapat
bermalam dengan suaminya bertahun-tahun lamanya. Bila setiap hari menipu maka
akan menipu seumur hidup. Hidup kaya raya tetapi terjerat oleh kaum yang lemah
iaitu perempuan! Terpenjara dalam rumah sendiri, rugi dunia rugi akhirat!.
SESUNGGUHNYA BERGILIR ITU MAKSUDNYA BERMALAM. BERGILIR ADALAH HAK
MUTLAK SEORANG ISTERI, ADALAH HARAM SI SUAMI KE RUMAH ISTERI LAIN YANG BUKAN PADA
WAKTU GILIRAN ISTERI BERKENAAN ..
Mana2 suami yang TAKUT hendak maklumkan pada isteri tentang
perkahwinan barunya, harap janganlah berpoligami kerana byk kekeliruan akan
berlaku. Antara kes yang pernah dicatit adalah:-
- Pasangan anak-anak bernikah dengan adik beradik kandung!
- Masalah nasab terdekat untuk selesaikan kes faraid @ tuntutan harta dan sebagainya.
Yang jelas, si suami merupakan pelaku dosa
syirik JALI dan KUffi. Dosa ini tidak terampun melainkan dengan jalan-jalan
TAUBAT NASUHA dan lakukan apa yang sepatutnya.
SYIRIK (JALI ATAU KUFFI) MAKSUDNYA ADA PERASAAN TAKUT SELAIN DARI ALLAH SWT. Maka alasan kerana takut isteri kecewa, bersedih atau terlalu baik itu untuk elak dari berterus terang adalah semata-mata omong kosong dan rekaan semata sekadar untuk menghalalkan cara. Jangan tambah atau ubah hukum! Maka kafir, dzalim dan fasik lah kamu jika mengubah hukum yang sudah tersedia ada. Na`uzubillahmin zalik...
SYIRIK (JALI ATAU KUFFI) MAKSUDNYA ADA PERASAAN TAKUT SELAIN DARI ALLAH SWT. Maka alasan kerana takut isteri kecewa, bersedih atau terlalu baik itu untuk elak dari berterus terang adalah semata-mata omong kosong dan rekaan semata sekadar untuk menghalalkan cara. Jangan tambah atau ubah hukum! Maka kafir, dzalim dan fasik lah kamu jika mengubah hukum yang sudah tersedia ada. Na`uzubillahmin zalik...
Bagi kaum wanita yang ingin menjadi
isteri ke dua dan seterusnya, pastikan perkara ini tidak berlaku, jika ini
berlaku bermakna kamu juga subahat atas perkara terkutuk ini iaitu melakukan
dosa syirik jali lagi kuffi, maka berhati-hati, JANGAN DAPAT SUAMI DAYUS!.. nanti kamu
juga merana, maka bomoh-bomoh tempat kamu mengadu. Berganda-gandalah SYIRIK!...
NA`uzubullahminzalik!.
Wallahualam.
PESANAN BUAT SUAMI:
Berbalik pada Firman Allah SWT Surah Al-Baqarah ayat 216 seperti dinyatakan di atas itu juga terpakai untuk suami. Si suami janganlah mudah melenting apabila isteri atau isteri-isteri buat perangai. Ada kes bila isteri buat perangai, hasilnya lebih baik kesudahannya. Ada banyak kes si suami ego dengan keputusan dia walhal dia tu bengap. Si isteri sedar yang suami buat keputusan bodoh maka mereka memberontak untuk pastikan yang terbaik untuk mereka semua, bukan semata-mata kena ikut telunjuk suami yang bodoh!. Masa sebelum kawin tak perasan pulak yang bakal suami itu bengap ...hu3... Angau dan mabuklah katakan!.
Dan, bukan semua yang kita berkenan sebelum berkahwin akan terus sempurna lepas kahwin. Sebelum kahwin dan selepas kahwin berbeza, kita akan lebih tahu 'TRUE COLOR' pasangan masing2, mungkin di luar jangkaan kita. Si suami pula hanya pandai ternak isteri dengan tipudaya dunia, bukannya reti nak 'EDUCATE', jadi kalau isteri buat hal, janganlah mudah melenting dan JANGAN sesekali membuat tindakan kasar dll. SAYANGI dan DIDIKlah isteri untuk meraih kebahagian dunia dan akhirat.
Wahai kaum isteri, hormatilah suami molek2 !... lanyak je suami tu kalau dia buat perangai!. JANGAN sesekali mengadu pada sesiapa jika ada masalah sikit. Jika hendak mengadu, mengadulah pada saluran yang betul iaitu pada pihak berwajib atau pada sesiapa yang kita percaya agamanya. Biasanya ika mengadu pada famili, baik suami atau isteri akan adukan bermacam2 seolah-olah masalah besar yang dihadapai walhal ciput je...ditokok tambah bukan2 sahaja. Pihak keluarga pulak bengap!.. percaya pada anak! tanpa usul perikas. Sebab itulah Tuk selalu pesan pada si suami atau sesiapa sahaja, JANGAN sesekali benarkan keluarga masuk campur dlm urusan rumah tangga kita.
SETELAH bernikah maka TERPUTUS lah hubungan seseorang perempuan itu dengan keluarganya iaitu isteri wajib 100% ikut perintah suami (yang beriman) atas perkara yang dibenarkan syarak. Malangnya sekiranya si suami pun bengap.. nasiblah !.. nak buat macam mana , sudah pilihan hati! Jika dinasihat awal-awal mcm mana sekali pun tak lut!.. lautan api pun sangup diharungi katanya! hu3..... jadi! jika berapi2 berlaku lepas kahwin ... terimalah seadanya yer! Wallahualam..
SETELAH bernikah maka TERPUTUS lah hubungan seseorang perempuan itu dengan keluarganya iaitu isteri wajib 100% ikut perintah suami (yang beriman) atas perkara yang dibenarkan syarak. Malangnya sekiranya si suami pun bengap.. nasiblah !.. nak buat macam mana , sudah pilihan hati! Jika dinasihat awal-awal mcm mana sekali pun tak lut!.. lautan api pun sangup diharungi katanya! hu3..... jadi! jika berapi2 berlaku lepas kahwin ... terimalah seadanya yer! Wallahualam..
SILA BETULKAN TUK JIKA ADA MANA-MANA YANG MENYIMPANG. JAZAKALAH.
No comments:
Post a Comment